Saturday, August 28, 2010

Takwa & Perpaduan Asas Keselamatan Di Akhir Zaman

      Daripada Abi Najih'irbadh bin ariyah r.a berkata; Telah menasihati kami oleh Rasullulah s.a.w akan satu nasihat yang mengetarkan hati kami dan menitiskan air mata kam ketika mendengarnya, lalu kami berkata ; Ya Rasullullah! Seolah-olah ini adalah naishat yang terakhir sekali maka berikanlah pesanan kepada kami. Lalu Baginda pun bersabda: " Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah s.w.t dan mendengar serta taat ( kepada pemimpin ) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti akan melihat perselisihan yang banyak. maka hendaklah kamu memegang teguh akan sunnahku dan sunnah para Khulafah Ar Rasyidin Al Mahdiyin ( khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar ) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhi perkara-perkara yang baharu ( bid'ah ) yang diada- adakan kerana sesungguhnya tiap-tipa bid'ah itu adalah sesat"

                                                                                                           H.R ABU DAUD DAN TARMIZI

No comments:

Post a Comment